Advertisements

Bahagian 1

Bahagian 2

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Hrkh) – PAS menyeru agar jangan ada mana-mana pihak cuba melaga-lagakan di antara rakyat jelata dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Mizan Zainal Abidin, Raja-raja Melayu atau pihak istana.

Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan yang disampaikan kepada Harakahdaily menegaskan, parti itu tidak pernah sekali-kali mengeluarkan kenyataan bahawa pihak istana khasnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terlibat dalam apa bentuk sekalipun, dalam menjayakan perhimpunan aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 10 November lalu. (selanjutnya…)

 Kenyataan Media Pejabat Presiden
PAS tidak pernah sekali-kali mengeluarkan kenyataan bahawa pihak istana khasnya Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong terlibat dalam apa bentuk sekalipun, dalam menjayakan Perhimpunan Aman BERSIH pada 10 November 2007 yang lalu. Perhimpunan tersebut adalah perhimpunan aman masyarakat sivil, iaitu rakyat Malaysia yang bangun menuntut hak mereka bagi memulihkan sistem pilihanraya, iaitu tonggak amalan demokrasi negara, yang terbukti semakin tercemar dan tempang. (selanjutnya…)

Oleh : Editorial BuletinOnline
Tuanku Mizan Kesal Dakwaan Baginda Sokong Perhimpunan Haram Aman’ itulah tajuk berita yang di eluarkan oleh Bernama, yang dianggap oleh Raja Petra sebagai satu ‘permainan silapmata’ di Laman Malaysia Today. Artikel ini adalah terjemahan bebas dari tulisan Raja Petra di dalam kolumnya ‘The Corridors of Power’. 

Kepada rakyat bawahan pastinya pengumuman begitu sesuatu yang ‘serius’. Pegawai tinggi Istana Negara Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan mengeluarkan kenyataan bagi pihak Agong! Siapa sebenarnya Datuk Wan Mohd Safiain? (selanjutnya…)

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Hrkh) – Naib Presiden KeADILan, Sivarasah Rasiah bersetuju dengan pandangan laporan yang dikemukakan oleh bekas wakil Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Thierry Romell yang menyebut bahawa undang-undang yang sedang digunapakai di Malaysia sekarang adalah sama dengan undang-undang sebuah negara yang mengalami darurat.

“Ini kerana tempoh berkempen yang begitu singkat serta laporan media yang memonopoli sistem penyampaian maklumat kepada rakyat berada dalam keadaan yang begitu ‘bias’ atau dikongkong oleh pemerintah,” ringkasnya. (selanjutnya…)

Sekretariat Bersih
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengalu-alukan keputusan Suhakam, “Biar Lambat Asalkan Jadi”, untuk menjalankan perbicaraan awam ke atas insiden Batu Burok, khususnya dalam melihat kepada justifikasi terhadap penggunaan peluru hidup ke atas orang awam yang memprotes.

BERSIH juga berasa lega apabila mengetahui bahawa Suhakam melalui Pesuruhjaya Muhammad Shafee Abdullah menyatakan bahawa kenyataan Dato’ Siva Subramaniam berkaitan dengan perhimpunan aman 10 November baru-baru ini merupakan kenyataan peribadi beliau dan bukannya kenyataan rasmi Suhakam. (selanjutnya…)