Macamano nak poei Himpunan 100k? 

Naik Komuter
Jadual KTM Komuter untuk hari Sabtu bermula seawal jam 5.58 pagi dan berlepas setiap 20 minit hingga ke pukul 10 pagi, setiap 15 minit bermula 10.13 pagi hingga tamat perkhidmatan untuk hari tersebut.

Jam 5 – 5,58

Jam 6 – 6.18, 6.38, 6.58

Jam 7 – 7.18, 7.38, 7.58

Jam 8 – 8.18, 8.38, 8.58

Jam 9 – 9.18, 9.38, 9.58

Jam 10 – 10.13, 10.28, 10.43, 10.58 dan berikutnya setiap 15 minit hingga tren terakhir berlepas dari Rawang 10.30 malam dan tiba di KLO 11.23 malam.

Dicadangkan supaya peserta himpunan 100k turun di stesen Kuala Lumpur Lama (KLO) dan berjalan kaki kedataran merdeka yang jaraknya hanya 5 – 10 minit berjalan kaki. Harga tambang Seremban – KLO ialah RM 6. Juga disyorkan supaya peserta mengambil tiket pergi balik (2 hala – RM 12) untuk mengelakkan kesulitan.

Bas Ekspres,

Dicadangkan menaiki bas SKS-KL @ Suasana Edaran di Terminal One. Tambang sehala RM4.70. Turun di Central Market, jalan kaki ke dataran 5-10 minit shj..

Untuk balik ke Seremban bas boleh naik di Hadapan Pejabat POS Besar K.Lumpur.. Bas akhir pada jam 9 malam.

Bagi memudahkan rakyat menyertai Himpunan Aman 100 ribu anjuran BERSIH, dilampirkan peta lokasi dan pengangkutan awam ke Dataran Merdeka.

Para peserta digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti, Bas, LRT Star, LRT Putra dan komuter. Berdasarkan maklumat yang diterima, jumlah penyertaan dari seluruh negara pada masa ini telah melebihi 100 ribu. Oleh itu pengangkutan awam amatlah sesuai pada hari berkenaan dan segala kenderaan dari luar bolehlah di letakkan di stesen-stesen pengangkutan awam dipinggir Kuala Lumpur.
 
Para peserta Perhimpunan yang masuk ke Kuala Lumpur sebelum pukul 3 petang, boleh berkumpul di tempat-tempat berikut;
 
1. Kompleks SOGO : Berhenti di Stesen Bas Sogo @ Stesen Komuter Bank Negara @ Stesen LRT STAR Bandaraya
 
2. Masjid Jamek KL : Berhenti di Stesen Bas Masjid Jamek @ LRT STAR @ PUTRA Masjid Jamek
 
3. Masjid Negara : Berhenti di Stesen Komuter @ Stesen Kereta api Kuala Lumpur
 
4. Pasar Seni : Berhenti Stesen Bas Bangkok Bank @ LRT Putra Pasar Seni
 
Disetiap tempat ini akan ada pimpinan dan sekretariat BERSIH yang akan menunggu. Pada pukul 3 petang semua akan berkumpul di Dataran Merdeka.
 
Para peserta dinasihatkan untuk membawa sedikit makanan dan minuman beserta anggota keluarga kerana Perhimpunan Aman ini juga adalah untuk semua. Kita datang dengan aman dan kita berkelah beramai-ramai di Dataran sambil mendengar amanat pimpinan BERSIH sebelum berarak ke Istana Negara.
 
Bagi peserta muslim, dinasihatkan untuk bersolat Zohor lebih awal atau melakukan Solat Jamak bagi mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s