Atas rasa tanggungjawab dan kesedaran melihat pembersihan demokrasi di negara ini, Gabungan Anak-anak Muda Negeri Sembilan telah melancarkan kempen ‘Gelombang Kuning’ sempena himpunan 10 November ini, kata Jurucakap Sekretariat Kempen, Norazizi Aziz.

“Ia dibuat bagi memastikan perhimpunan rakyat ‘Selamatkan Malaysia’ pada 10 November ini berjaya, gabungan anak-anak muda Negeri Sembilan telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Sekretariat Mobilisasi Rakyat Negeri Sembilan,”kata Norazizi kepada Harakahdaily baru-baru ini. Sekretariat ini didokong oleh parti politik antaranya, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), PAS, DAP serta turut menggabungkan badan-badan NGO di Negeri Sembilan seperti GERAK, TERAS, ABIM, JIM dan ISMA, kata Norazizi.

Beliau berkata demikian ketika memberitahu perkembangan sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Perhubungan Keadilan Negeri Sembilan mengenai himpunan 10 November baru-baru ini.

Himpunan paling bersejarah

Bercakap mengenai himpunan 10 November, Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shahrin pula berkata, perhimpunan ini adalah yang terbesar dan bakal menjadi himpunan paling bersejarah di Malaysia .

“Fokus utama perhimpunan ini adalah untuk menuntut pilihan raya bersih yang tidak dinodai oleh penyelewengan dan penipuan,” katanya.

Selama ini, dunia disogok dengan propaganda media yang kononnya Malaysia adalah sebuah negara demokrasi, namun hakikatnya Malaysia mengamalkan demokrasi yang tempang, ujarnya.

Justeru, seluruh rakyat Negeri Sembilan perlu hadir untuk menghantar mesej jelas bahawa rakyat sudah bersedia untuk membuat perubahan, kata Badrul Hisham yang juga merupakan penasihat kepada sekretariat ini.

Sementara itu, Pengerusi sekretariat, Mohd Taufek Abdul Ghani turut mengumumkan pelantikan jawatankuasa peringkat Negeri Sembilan.

Sasar 5000 dari Negeri Sembilan sertai himpunan

Sekretariat ini ditubuhkan sebagai medium kepada rakyat Negeri Sembilan untuk mendapatkan penerangan tentang peri pentingnya pilihan raya yang bersih.

“Kita juga turut menubuhkan unit pendaftaran yang meletakkan sasaran seramai 5000 orang bagi menyertai perhimpunan ini,”katanya.

Pihak sekretariat juga telah merangka beberapa program kearah menjayakan perhimpunan ini.

Mohd Taufek yang mengetuai Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan turut melancarkan ‘Gelang Kuning’ sebagai simbolik kepada perhimpunan ini.

Setiap ahli jawatankuasa sekretariat diwajibkan memakai gelang kuning sepanjang kempen ‘Selamatkan Malaysia’ sebagai tujuan promosi, tambah beliau.

SPR kuda tunggangan

Sementara itu, Pengerusi GERAK Negeri Sembilan, Ustaz Suhaimi Kasim turut mengharapkan agar setiap badan NGO di Negeri Sembilan memberikan solidariti terhadap perhimpunan ini.

“Kita tidak perlu gentar untuk menyertai himpunan aman ini,” tegasnya.

GERAK juga melihat bahawa isu rasuah dan korupsi telah menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sanggup ditunggang dengan mengenepikan amanah sebenar, katanya.

SPR yang sepatutnya bebas telah sanggup bersekongkol demi menjamin kelangsungan politik mereka yang mempunyai kepentingan, katanya.

Kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang ingin mendaftar dan ingin mendapatkan cenderahati berwarna kuning seperti kemeja, topi, ikat kepala, ‘button badg’e dan payung, bolehlah menghubungi Sekretariat Mobilisasi Negeri Sembilan, Tze Tze (012-3696474) dan Ariffin Birham (016-2862481)

2 Respons to “Mengenai Kami”

  1. DUEL Says:

    video promosi

  2. rejab, air hitam Says:

    Skandal Menteri dan orang gaji ?!!!
    SEPANJANG minggu ini saya merasa sungguh bosan dan marah. Teramat runsing jadinya bila memikirkan bagaimana semua ini boleh terjadi. Setiap kali pulang ke rumah dari mengunjungi rumah terbuka sempena bulan syawal yang mulia hati terasa panas dan baran.

    Tetapi bila ahli Umno melontarkan skandal menteri dan orang gaji sebagai bahan bualan panas tentua saya marah. Bagaimana saya boleh percaya cerita tiga menteri terlibat “membuntingkan” orang gaji. Ini sudah tidak masuk akal. Kalau yang menjaja ceritanya saudara Sayuti Omar mungkin saya tidak akan marah kerana beliau memang pakar mencari isu panas seperti kisah wakil rakyat simpan isteri muda di Kuala Lumpur atau tentang ketua bahagian punya hubungan mesra dengan Ketua Puteri.

    Lagi tidak masuk akal bila tersebar pula cerita kononnya Rais Yatim yang memiliki isteri cukup bergaya serta sentiasa anggun seperti Datin Maznah turut dikatakan bernafsu besar dalam pesta meratah daging montok orang gaji dari Indonesia. Cukup marah saya jadinya dalam musim menghulur salam silatul rahim cerita skandal Rais Yatim dengan orang gaji boleh dijaja sebegitu rupa.

    Mengingatkan pengkisahan kehebatan cinta antara Datuk Rais Yatim dan Datin Maznah bagaimana mungkin saya boleh percaya cerita yang dibawa oleh pencacai tersebut kononnya Datuk Rais Yatim tersampuk dan boleh hilang akal membalun orang gaji… Usahkan sumpah Al Quraan, dibayar seratus ribu ringgitpun tidak mungkin saya akan percaya atas kebenaran atau kesahihan cerita tersebut.

    Kerana itu saya jadi marah dan seharusnya saya tidak suka sama sekalipun kepada ketiga-tiga pemimpin tersebut tidak seharusnya mereka sanggup menabur fitnah sebegitu rupa. Andai dilontarkan gossip mereka mempunyai “artis simpanan” mungkin juga mudah untuk saya terjebak mempercayainnya, tapi bila kisah “membalun” dan “membuntingkan” orang gaji itu sudah melampau dan tidak masuk akal.

    Dulupun saya pernah marah kepada Zaharin Mohd Yassin kerana begitu lancang memfitnah Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mempunyai hubungan terlarang dengan orang gaji. Malahan saya sendiri tidak percaya rendahnya “mentaliti” seorang Perdana Menteri untuk bercinta dengan orang gaji.

    Namun begitu jauh di sudut hati terdetik juga rasa percaya kerana ketika itu Abdullah Ahmad Badawi dalam keadaan menduda, malangnya saya jadi terlopong bila Perdana Menteri dengan senyum simpulnya membuat pengumuman pilihannya adalah bekas pembantu rumahnya bernama Jeanne Danker untuk dijadikan isteri.

    Sesungguhnya saya amat marah mendengar pelbagai fitnah yang terlalu sukar untuk masuk akal. Saya jadi marah dan betul-betul marah dengan gossip atau lontaran fitnah yang mengatakan Rais Yatim berpesta “meratah” dan “membalun” orang gaji. Cukup “low class” punya cerita.

    Dalam situasi sebegini saya segera menadah tangan ke hadrat ilahi agar cerita tersebut biarlah semata-mata fitnah dan bukan kisah benar…. Tidak termampu rasanya saya mendengar cerita “cekai” dan “serakah”nya nafsu pemimpin saya. Berhentilah dari menyebarkan fitnah yang tidak masuk akal walaupun kesamaran untuk percaya ada.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s