Sekretariat Bersih
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengalu-alukan keputusan Suhakam, “Biar Lambat Asalkan Jadi”, untuk menjalankan perbicaraan awam ke atas insiden Batu Burok, khususnya dalam melihat kepada justifikasi terhadap penggunaan peluru hidup ke atas orang awam yang memprotes.

BERSIH juga berasa lega apabila mengetahui bahawa Suhakam melalui Pesuruhjaya Muhammad Shafee Abdullah menyatakan bahawa kenyataan Dato’ Siva Subramaniam berkaitan dengan perhimpunan aman 10 November baru-baru ini merupakan kenyataan peribadi beliau dan bukannya kenyataan rasmi Suhakam.

Dato’ Siva Subramaniam menyatakan bahawa pihak polis tidak menggunakan keganasan dalam mengawal orang ramai dan telah bertindak professional dalam hal tersebut.

Malaysiakini menyiarkan laporan berkaitan dengan seorang mangsa mengalami kecederaan teruk semasa berada di tepi Jalan Tun Perak. Tempurung lututnya dipecahkan oleh anggota polis sungguhpun dia sudah pun ditiarapkan di atas tanah.

Laporan tersebut sudah cukup kuat menjadi alasan yang bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Siva bahawa pihak polis sebenarnya telah bertindak ganas, melakukan provokasi dan tidak berpatutan.

Shafee, kemudiannya tidak mendedahkan pendirian Suhakam. BERSIH mendesak suapaya Suhakam tetap dengan pendirian mereka sebagai pelindung kepada hak asasi manusia di Malaysia seperti mana yang pernah dinyatakan sebelum ini iaitu, “hak asasi yang asas untuk kebebasan berhimpun perlulah dihormati dan berdasarkan kepada undang-undang bagi memastikan keselamatan terkawal atau orde orang awam” dan “perhimpunan-perhimpunan awam adalah jalan yang sihat untuk pertubuhan yang ditubuhkan oleh orang awam bagi menyatakan ketidakpuasan terhadap perkara-perkara yang menjejaskan kehidupan mereka.” (Freedom Of Assembly: A Report by SUHAKAM, 2001)

BERSIH berasa sungguh risau atas had yang diberikan ke atas terma yang disyaratkan dalam perbicaraan awam untuk insiden Batu Burok. Suhakam seharusnya tidak meminggirkn persoalan berkenaan dengan kebebasan berhimpun dalam perbicaraan mereka.

Syarat yang diberikan oleh panel ialah:

* Bagi menyiasat kesan-kesan situasi dan memberi justifikasi ke atas penggunaan peluru hidup oleh anggota pihak berkuasa ke atas orang ramai sehingga menyebabkan kecederaan dan sma ada ianya bercanggah dengan hak asasi manusia.

* Sama ada terdapat percanggahan dalam hak asasi manusia, yang mana mengenalpasti:

1. Pihak yang mana bertanggungjawab?

2. Bagaimana keganasan seperti itu wujud dan keadaan keganasan?

3. Apakah arah haluan pentadbiran atau persiapan, sekiranya ada yang mengakibatkan keganasan tersebut?

4. Apakah tanda aras yang patut dicadangkan diambil bagi memastikan keganasan seperti itu tidak berulang lagi di masa hadapan?

BERSIH berhadap agar Suhakam akam mengadakan perbicaraan mengenai insiden Batu Burok sedalam yang mungkin, dan menyeru semua saksi-saksi untuk ke hadapan dan member kerjasama ke atas penyiasatan Suhakam ini nanti.