Suara N9
Syabas dan tahniah kepada rakyat NS dari berbilang bangsa, agama, kaum, jantina, umur. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada tok-tok imam bandar dan kampung , guru-guru pondok, ahli-ahli jemaah tabligh yang tanpa disangka-sangka turut serta menyertai perhimpunan tersebut.

Ada yang datang dari Palong, ada yang datang dari Jelebu, ada yang datang dari Pilin, ada yang datang dari Bukit Rokan. Ada yang mengendong anak, ada yang memapah datuk. Hebat sungguh hebat. Tidak kurang 10,000 orang rakyat Negeri Sembilan turun ke KL pada 10 Nov. Itu tidak termasuk yang tersangkut dalam kesesakan jalanraya akibat beratus-ratus sekatan polis dari Palong sampailah ke Dataran Merdeka. Itu tidak termasuk yang naik LRT , tidak berhenti di KL, tetapi terus sampai ke tempat lain. Itu tidak termasuk berpuluh-puluh bas yang ditahan. Itu tidak termasuk keretapi gerabak kosong tergelincir di tengah-tengah Kuala Lumpur. Bayangkan keretapi boleh tergelincir di tengah-tengah Kuala Lumpur dimana keretapi tadi berjalan perlahan. Itu juga tidak termasuk dengan kenyataan yang menakut-nakutkan rakyat oleh Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Ketua Pemuda Umno Bahagian Rembau (Khairy Jamaluddin) yang melarang orang ramai menyertai perhimpunan 10 Nov.

Rakyat NS yang turun tanpa senjata, hanya dengan pakaian kuning, amat marah dengan tindakan polis di luar Masjid Jamek yang menyembur air asid , membaling bom asap pedih kepada orang ramai, yang terdiri dari wanita, kanak-kanak, malah bayi. Juga wartawan Al Jazeera yang sedang membuat liputan turut disembur air asid. Dan malam tadi tersiar dalam warta Tamil di TV 2 jam 8:00 malam, dimana tanpa disangka-sangka warta Tamil tadi menyiarkan begitu banyak klip video tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan pihak polis pimpinan Pak Lah. Malah disiarkan temuramah wartawan Al Jazeera dan Zainuddin Maidin di TV 2 , begitu marah wartawan Al Jazeera menyatakan kenapa polis bertindak ganas di luar batas kemanusiaan kepada rakyat yang berhimpun secara aman, sehinggakan wartawan Al Jazeera yang terkena asid , berlari balik ke pejabat dalam kesakitan yang amat sangat. Lalu apa jawapan Zainudin Maidin “WARTAWAN AWAK TU BERLAKON SAHAJA” (Apakah kaum India di Malaysia ii sudah mula bangkit, akibat dari perobohan kuil-kuil yang tidak berlaku di Kelantan ?)

Kini rakyat NS mencabar Pak Lah supaya BUBAR PARLIMEN sekarang, sementara semangat rakyat NS masih membuak-buak.

Rakyat NS juga mencabar Khairy Jamaluddin yang mengaku anak Rembau dan Zainuddin Maidin, supaya disembur asid dan gas asap pemedih mata, DAN BERLAKON mengeluarkan air mata.

Rakyat NS juga mencabar pihak penganjur iaitu BERSIH supaya mengadakan pula Himpunan SEJUTA RAKYAT. Kerana pada perkiraan kasar tidak kurang 300,000 rakyat yang telah turun pada 10 Nov jika diambil kira semua aspek.