Herman Samsudeen
Dalam kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur bersama BERNAMA semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin menegaskan bahawa “4,000 anggota akan dikerah di sekitar kawasan tersebu (Dataran Merdeka)t untuk menyuraikan dan menahan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan seperti rusuhan dan pergaduhan (semasa himpunan).

Selaras dengan itu, pihak Polis juga akan menjalankan sekatan jalanraya dibeberapa laluan masuk ke Ibu Kota bagi memastikan keadaan terkawal.

Berhubung soal PERMIT, Pihak BERSIH tidak akan membuat rayuan kerana jawapannya sudah diketahui iaitu tidak boleh!. Sebelum ini Polis meminta BERSIH menghantar permohonan bagi mendapatkan PERMIT, tetapi pada 6 November lalu pihak Polis enggan mengeluarkan PERMIT walaupun pihak BERSIH telah membuat permohonan dan memberikan jaminan bahawa perhimpunan itu adalah perhimpunan Aman dan sekretariat BERSIH akan menyediakan pasukan keselamatan untuk membantu pihak Polis.

Oleh itu, kita tiada pilihan. Perhimpunan akan diteruskan dan biarlah Polis berkawal menjaga keselamatan kita dan semua.

Sikap tidak bertolak ansur Polis ini munkin didorong oleh arahan dan kepentingan pihak-pihak tertentu yang kini menjadikan isu himpunan ini sebagai isu hangat dalam himpunan tahunan mereka. Seharusnya mereka bersikap profesional dan adil kerana mana-mana perhimpunan ditengah bandar Kuala Lumpur memang akan menyebabkan jalan sesak termasuklah Himpunan Agung UMNO yang selalu menyebabkan jalan sekitarnya sesak. Pihak Polis harus bijak melakukan tugas mereka bukannya duduk bersembang dengan pemimpin tertentu dan mengikuti arahan mereka seperti seekor lembu yang dicucuk hidung.

Kepada peserta perhimpunan, jangalah disiplin ada, tunjukan imej yang baik semasa hadiri himpunan ini. Pihak BERSIH tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada yang cuba melakukan provokasi dan bertindak melampaui arahan pimpinan BERSIH. Pihak Polis diberikan kebenaran untuk menahan mana-mana individu yang cuba melakukan rusuhan dan provokasi.

Ingat! kita datang dengan aman, berhimpun dengan aman dan akan kembali dengan aman!