cheGuBard
Letih…. memang sungguh letih sejak 6 petang 6 November jejak kaki ke bumi Malaysia seluruh penumpuan tenaga dan upaya dikerahkan untuk perhimpunan rakyat 10 November 2007. Semalam berceramah di Batu Kikir bersama Hj Mohamad Sabu. Kawasan terpencil kubu kuat UMNO lebih 1000 orang hadir. Jelas semangat dan janji mereka akan bersama dalam perhimpunan 10 Nov. Pagi tadi ketika membuat laporan BPR ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan, beberapa kakitangan BPR N.Sembilan sendiri pun begitu bersemangat bertanyakan makluman mengenai perhimpunan esok….. Tengahari tadi sempat berada di Masjid Negara…bersama Azizi yang menjual t-shirt BERSIH jelas mood orang ramai tinggi walaupun kutbah Jumaat di Masjid Negara khatib menyebut umat Islam jangan hadir perhimpunan haram….

Kini alhamdunillah semua sudah tersusun… maklumat terkini puluhan ribu rakyat sedang menuju ke Kuala Lumpur untuk perhimpunan esok ! Dari Terengganu sahaja 15 ribu dan Kedah 20 ribu…. jangkaan 100 000 akan diperolehi menjelang se awal 10 pagi.

Kita menjangkakan Dataran Merdeka akan ditutup. Tidak mengapa sila berkumpul di 4 tempat iaitu SOGO, Central Market, Masjid Jame’ dan Masjid Negara. Sekurang kurangnya 1000 petugas (marshall) yang telah ditaklimatkan (terlatih) tersedia untuk menjalankan tugas esok. Tidak akan ada ruang untuk sebarang provokasi. Ia perhimpunan aman.

Esok sila ikut arahan dari marshal terbabit.

Maaf tiada masa untuk update lengkap blog ini mungkin akan update menjelang tengah malam esok…. apa apa pun Perhimpunan esok akan diteruskan itu muktamad ! tiada yang mampu menahan Gelombang Kuning Rakyat……

Polis telah mula menunjukkan ruang untuk berbincang…mungkin mereka telah sedar kekuatan rakyat yang akan turun nanti… saya percara polis akan bertindak bijak esok dengan menjaga keamanan…jumpa di sana !!!!