Herman Samsudeen
Himpunan Rakyat 10 Nov akan tetap diteruskan walaupun pihak Polis engan mengeluarkan PERMIT. Ini adalah himpunan aman, himpunan rakyat bukannya himpunan penganas atau himpunan warga asing. Kami rakyat Malaysia dan kami tidak perlukan PERMIT untuk berada di mana sahaja yang kami mahu di tanah Merdeka ini.

Ini tanah warisan nenek moyang kami dan kami berhak untuk mempertahankan kedaulatannya dari terus dicabuli oleh tangan-tangan fasiq yang merosakkan segala kemurnian yang diwarisi sejak sekian lama. Budaya korupsi dan salah guna kuasa membawa kepada kehancuran jangka panjang generasi masa hadapan. Demokrasi yang disemai telah diracuni oleh ketamakan pemerintah. Demokrasi hanyalah topengan, sedang dasar mereka adalah diktaktor.

Ayuh! rakyat Malaysia, kita hadir 10 November ini untuk kembalikan soladariti dan kebebasan Demokrasi. 10 November adalah hari Demokrasi Malaysia. Kita bukannya warganegara asing yang perlukan PERMIT untuk berada dinegara sendiri. Kita adalah rakyat yang MERDEKA. Kita tidak perlu sebarang PERMIT untuk hadir ke Dataran Merdeka, cukuplah dengan Kad Pengenalan atau IC. Itulah bukti kebebasan dan hak demokrasi kita.

Jika mereka tanya mana PERMIT kamu, tunjukkan kad pengenalan.. .dan katakan

“Inilah PERMIT kami, PERMIT Kebebasan kami untuk berada dinegara ini, 24 jam sehari, 360 hari setahun…di mana jua kami mahu berada , kami berhak. Kami bukan orang bangla, kami bukan orang Indon…Kami Rakyat Malaysia!”

 

Jangan takut pada ugutan mereka, kita bukan mahu bertemu mereka. Kita mahu bertemu pemimpin sebenar negara ini, iaitu Yang DiPertuan Agong. Kita perlu bersatu untuk memartabatkan kembali institusi Majlis Raja-Raja agar mereka tidak diperkotak-katikkan lagi oleh pemimpin BN.

Ayuh! serulah keluargamu, serulah tetanggamu, serulah teman-teman kamu bersama kita mengorak langkah, merobek segala kemungkaran yang dionarkan oleh pimpinan borjois BN.

Kita jumpa di sana. Jangan lupa…Bawa IC bukannya PERMIT!!!