KUALA LUMPUR, 6 Nov (Hrkh) – Enam daripada Ahli Jawatankuasa Bersih terdiri daripada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, AJK Bersih, Sivarasa Rasiah, Johari Abdul, Khairul Annuar Zainuddin (Jonah), Tian Chua dan Ronnie Liu dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi kenyataan mengenai Gabungan Bersih di bawah akta pertubuhan.

<!–

Masing-masing menerima panggilan daripada ASP Amran Mohd Husin, Bahagian Jenayah Kormisial pada 3 November lalu.

Sekreteriat Bersih, Faizal Mustaffa yang bercakap kepada media dalam satu sidang media Bersih di hadapan pejabat Istana Negara hari ini berkata, kesemua mereka dipanggil oleh Bahagian Jenayah Komersial.

Bagaimanapun katanya, mereka yang terlibat akan berjumpa dengan bahagian tersebut pada 12 November nanti.

Mengulas lanjut, Faizal berkata, apa yang mereka musykilkan mengapa kesemua mereka dipanggil oleh Bahagian Jenayah Kormisial.

“Itu yang kita faham tetapi daripada apa yang dijelas kepada mereka pada hari tersebut ialah berhubung mengapa bahagian Jenayah Kormisial memanggil mereka ialah atas dakwaan Bersih adalah sebuah pertubuhan haram sedangkan Bersih adalah sebuah gabungan bukannya pertubuhan yang perlu didaftarkan,” katanya