Suara N9
Amboi, beri bunga pada polis nampak. Pada pemuda tak nak beri ke ? Pada Unit Amal tak nak beri ke ? Mereka pun jaga keselamatan. Eloknya bunga tu warna kuning.
Nak lagi cantik, hadiahkan sekali pulut kuning, khas dari muslimat N.Sembilan. Al maklumlah kesian polis ni, kena kawal Perhimpunan Agung Umno sepanjang minggu, lepas tu kena pergi Dataran Merdeka. Lepas tu penjenayah pun dah tahu polis sibuk , mereka pun ambil peluang rompak sana sini. Jangan lupa bawa payung kuning, baju hujan kuning dan topi kuning, kalau cuaca tidak mengizinkan.

Pesanan ini dari:   
Sekretariat Gelombang Kuning N.Sembilan.

*****************************************
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Hrkh) – Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh meminta Muslimat seluruh negara membawa sekuntum bunga seorang untuk dihadiahkan kepada setiap anggota polis pada perhimpunan aman Sabtu ini (Himpunan 100,000 Rakyat).

Berita lanjut di
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/ketua-muslimat-minta-hadiahkan-sekuntum-bunga-kepada-setiap-polis.html