Memandangkan Sambutan Gelombang Kuning peringkat Negeri Sembilan yang diluar jangkaan untuk ke Perhimpunan Rakyat Sabtu 10 November di Dataran Merdeka Kuala Lumpur maka Sekretariat Gelombang Kuning Negeri Sembilan menasihatkan peserta agar mengikut panduan berikut :

1. Disebabkan stok T-Shirt BERSIH adalah amat terhad , mereka yang tidak berkesempatan mendapatkannya sila pakai T Shirt kosong warna kuning atau apa-apa yang kuning terutamanya t-shirt untuk saiz kanak-kanak dan wanita

2. Mereka yang menggunakan bas atau komuter sebaiknya bertolak awal pagi Sabtu. Memandangkan pengangkutan awam dijangka akan penuh sesak selepas jam 10 pagi
dengan penyertaan dari seluruh N.Sembilan.

3. Mereka yang menggunakan kereta pergi dengan kumpulan kecil, 2 atau 3 kereta sahaja setiap kumpulan. Boleh pergi Jumaat malam Sabtu bermalam di sana. Atau Sabtu pagi. Sekretariat Mobilasasi Kuning NS juga akan berada di Stadium Paroi, Seremban pada
Sabtu pagi, sekiranya ada yang ingin berkumpul di sana, untuk berkonvoi dalam kumpulan kecil.

4. T shirt kuning sebaiknya dipakai apabila sudah sampai KL, untuk mengelakkan ianya kotor agar perarakan kita ke Istana Negara untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong dalam keadaan bersih dan ceria.

5. Bawa air mineral sebotol sekurang-kurangnya.

6. Amat tidak digalakkan memakai baju, membawa bendera, sepanduk yang ada lambang parti DAP, PKR, PAS, BN, UMNO dan sebagainya. Ini adalah perhimpunan rakyat, bukannya perhimpunan parti politik.

7. Sekiranya Dataran Merdeka tidak dapat lagi masuk kerana dijangka akan penuh sesak, peserta dinasihatkan berkumpul di sekitar atau sekeliling Dataran Merdeka untuk mendengar arahan penganjur dari masa ke semasa.

Wah macam cerita Lang Buana (Senario) pulak ! Ada dari kelompok Jawa, ada dari kelompok China, ada dari kelompok Tok Guru dan sebagainya mempertahankan Lang
Buana, mereka semua taat setia kepada Raja yang adil.

Sentiasa dapatkan maklumat terkini dari laman web NS yang berikut :
https://gelombangkuningn9.wordpress.com/
http://amkns.blogspot.com
Atau hubungi :
Tze Tze 012-3696474,
Arifin 016-2862481,
Szu Hei Mee 016-2155226,
Asri 019-6529645