Semenjak blog ini ‘dipanaskan’ dengan kehangatan Gelombang Kuning, saya juga turut menerima email dan sms dari mereka yang satu masa dahulu berada di barisan depan setiap perhimpunan era yang dikenali sebagai kebangkitan Reformasi. Antaranya ialah wajah wajah ‘strategis’ yang dikenali. Namun selepas 2001 wajah – wajah ini semakin jauh dan jarang malah ada yang langsung tidak pernah kelihatan di jalanan. Banyak alasan seperti kesempitan hidup, terpaksa menumpukan kerjaya dan tidak boleh juga menolak alasan seperti bosan dengan kemelut politik yang tidak sudah-sudah. Ketika saya cuma aktivis biasa yang berani berani takut kehadiran kelibat mereka ini umpama inspirasi yang kuat.

Namun saya ingat lagi pesan seorang ‘pemimpin’ aktivis jalanan kepada saya ketika saya menerajui perhimpunan Black14 yang tidak mendapat restu ‘parti’, saya dipesankan “cikgu terus jalan kami sokong…cuma jauh sikit sebab banyak hal…hari ini hadir sebab nak tengok wira baru..nanti bila tiba masa kami datang balik..” katanya sila baca lanjut dengan klik sini http://chegubard.blogspot.com /2007/11/orang-lama-akan-hadir .html