cheGuBard
Seiring dengan kehangatan kebangkitan Gelombang Kuning, PDRM seolah panik….. saya ingin mengulang kenyataan rasmi BERSIH agar PDRM bertenang…. ia adalah perhimpunan aman yang diadakan dalam suasana riang ria mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong….

Jika PDRM tidak mahu bekerjasama membantu mengawal keadaan seperti lalulintas PDRM hanya perlu hadir sebagai pemerhati pun tidak mengapa kerana perhimpunan ini terancng rapi termasuk petugas sukarewalan ‘keselamatan’ yang cukup juga akan disediakan. Bukan sahaja lalu keadaan lintas akan dipastikan malah unsur provokasi juga akan dibenteras.

Jangan panik tiada ‘perancangan sulit’ menjatuhkan kerajaan atau sebagainya…paham betul-betul BERSIH ialah Gabungan organisasi yang menuntut pilihanraya bersih dan adil maknanya BERSIH mendukung Demokrasi melalui sistem pilihanraya.

Semua yang dirancang akan diummkan secara terbuka, melalui media dan segala bentuk hebahan yang kami termampu. Kalau masih yang tidak diketahui itu bukan salah kami itu salah media yang dibaca oleh saudara di PDRM yang tidak menyiarkan pengumuman kami.

Update khas ini dilakukan selepas mendapati PDRM memantau blog ini selama seminggu ini dan ‘IP’ PDRM serta KDN memasuki blog ini lebih dari dua kali sehari.

contoh IP nya ialah daffy.openlinksw.com.my (Royal Malaysia Police) dan proxy.rmp.gov.my (Tmnet Telekom Malaysia Berhad) yang singgah di blog ini dan masing masing menghabiskan lebih sejam membaca tiga update hari ini….. Tahniah, sekurang kurangnya cuba mencari maklumat alternatif dan bukan semata – mata percaya dengan Utusan Melayu dan berita RTM.

Menjadi perkara biasa sebenarnya blog ini disinggahi oleh IP dari penguasa seperti pejabat MB, Jabatan Penerangan dan seumpamanya….. Mengikut rekod ‘IP’ SUK N.Sembilan ialah yang paling tinggi singgah ke bog ini…