cheGuBard
Dapat banyak email dari dalam negara, hampir semuanya respon kepada kenyataan terbuka yang dikeluarkan atas nama GERAK. Ada tiga jenis kategori email….Pertama paling sedikit (3 email) mengandungi kecaman termasuk menggunakan kata kata kesat, pengirim email mengutuk tindakan yang kononya memburukkan negara. Ditegaskan di sini apa yang berlaku ialah mendedahkan kepincangan bukan memburukkan negara. 

Inisiatif dan tuntutan BERSIH ialah untuk menyelamatkan kepentingan rakyat terbanyak. Perhimpunan ini dilakukan setelah biwak berwajib seolah pekak dan tidak mendengari rungutan rakyat. sila klik baca tuntutan BERSIH. Tuduhan perhimpunan rakyat ini dibayar sendiri akan terjawab dengan berfikir logik kalau minima RM50 satu kepala kali 100,000 sama dengan sala dengan RM 5000000 itu belum belanja belanja lain termasuk belanja perhimpunan luar negara… hahahaha kalau gerakan massa ini ada cash money sebegitu banyak alangkah bagusnya…hehehe dan sudah tentu bukan perhimpunan 100,000 yang akan dilakukan.

 Semalam che’GuBard minta Faisal (seketeriat BERSIH) hantar t-shirt sekurang kurang 5-6 helai ke 6 negara yang dah setuju demo bersama pun dia balas ‘maaf kami di sini pun tak cukup ‘buget’ hehehe’…

email kategori yang kedua ialah email yang menyokong dan meminta digerakkan banyak lagi bandar dunia.. InsyaAllah sedang diusahakan sedaya upaya dalam kemampuan yang terhad berada di sini. Bil telefon (tarif yang agak tinggi) juga menyekat sedikit momento…. bilangan bandar yang melakukan demonstrasi mampu mempertingkatkan tekanan antarabangsa dan sedikit menambah motivasi gerakan dalam negara. Namun che’Gubard berkongsi keperihatinan dengan email – email dalam kategori ketiga yang paling banyak diterima iaitu menyatakan kegusaran dengan mobilisasi dan kesediaan rakyat untuk bersama.

Email dari yang hanya mahu memperkenalkan dirinya Mat Turbo menyatakan “Apa guna bising bising kat luar kalau orang yang ada masalah sendiri malas, takut untuk bangkit lawan untuk hak sendiri. Orang Malaysia ini tak ada mananya panas sekejap then sejuk balik… itupun panas kat kedai kopi jer mengeluh…bila susah rumah kena runtuh minta tolong pembangkang…pembangkang pun jerit – jerit malah sampai kena pukul kena tangkap…bila mengundi dapat kain batik..dapat payung sokong BN…suruh turun tuntut hak takut… ISA lah apa lah … woi! apa takut kalau sberjuta turun tuntut hak polis pun takut gak sure depa pun joint sekali tuntut hak polis lak……….”

Komen Mat Turbo amat menarik…. sampai bila kita seolah tidak punya maruah mampu dikotak katikkan…. Ayuh bangkit….rakyat yang diruntuhkan rumahnya…. mereka yang dihalang hak mereka…mangsa kenaikan harga…mangsa kerakusan majikan (kapitalis) yang dilindungi kerajaan…Ayuh! ini masanya Perhimpunan Selamatkan Malaysia 10 November 2007 3 petang Dataran Merdeka, Kuala Lumpur kemudian berarak ke Istana Negara…… (bisik2 dari dalam Istana kalau betul ratusan ribu rakyat yang berhimpun berarak ke depan Istana DYMM YDP Agong sendiri akan keluar terima memorandum dan berucap didepan rakyat…. tengok Ketua Hakim, Fairuz pun Agong pecat!…Raja Melayu sudah mula bertitah menyebelahi rakyat..)