Suara N9
Sekretariat Bersih Negeri Sembilan hari ini telah melancarkan Minggu Pesta Kuning yang bermula pada 2 November 2007 hingga 10 November 2007 sempena Sambutan Perhimpunan Rakyat pada 10 November 2007 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur kelak.

Justeru itu untuk menyemarakkan lagi Gelombang Kuning di Negeri Sembilan ini dengan semangat perpaduan, muhibbah, kebahagiaan dan keamanan, maka Sekretariat Gelombang Kuning Negeri Sembilan menyeru kepada semua parti-parti politik, persatuan-persatuan, NGO-NGO serta individu agar mengibarkan bendera kuning sebanyak mungkin di pejabat dan premis masing-masing.

Semoga Gelombang Kuning di Negeri Sembilan akan membawa anjakan paradigma kepada penduduk Negeri Sembilan ke arah negeri yang cemerlang dan bersatu padu.