Mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakop telah menyampaikan ucapan penghargaan kepada anak-anak muda Negeri Sembilan yang terdiri daripada PAS dan Keadilan di atas usaha dan inisiatif dalam menubuhkan sekretariat Mobilisasi Rakyat Negeri Sembilan.

Menurut Sdr Azizi, Setiausaha Sekratariat Mobilisasi Himpunan 100K N9 yang menerima email tersebut malam tadi, Dr Rosli juga mendoakan agar perhimpunan rakyat pada 10 November akan memperolehi kejayaan dengan harapan Negeri Sembilan berjaya menghantar wakil yang ramai ke perhimpunan itu.

Beliau juga menyatakan bahawa walaupun kini beliau berada jauh di Dhaka, namun hati beliau tetap bersama-sama rakyat Negeri Sembilan ke perhimpunan itu.