Sekretariat Bersih Negeri Sembilan yang bermesyuarat malam tadi menggalakkan mereka yang akan hadir pada Jamuan Hari Raya anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan pada Sabtu 3 November 2007 bermula jam 8 malam di Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan,Seremban agar memakai baju/pakaian kuning, atau T Shirt Kuning BERSIH, gelang kuning dan sebagainya bagi menyemarakkan lagi Sambutan Gelombang Kuning Peringkat Negeri Sembilan. Kepada mereka yang ingin membeli t shirt kuning Bersih bolehlah menghubungi Taufek 019-6576540 , Tze Tze 012-3696474 , Rebin 016-2862481 ,Szu Hei Mee 016-2155226 atau Asri 019-6529645.

 Sementara itu satu Ceramah Mobilisasi Gelombang Kuning Negeri Sembilan akan diadakan di pejabat PAS Cawangan Ampangan, Seremban pada hari Rabu 7 Nov 2007 bermulajam 9:30 malam. Orang ramai adalah dijemput hadir.

 Mereka yang menyertai Perhimpunan Rakyat pada Sabtu 10 November 2007 di Dataran Merdeka , Kuala Lumpur adalah dinasihatkan pergi awal pagi samada menggunakan pengangkutan awam atau memandu sendiri untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Juga digalakkan pergi dalam kumpulan-kumpulan yang kecil untuk memudahkan perjalanan.

 “Gelombang Kuning , Gelombang Keamanan”
“Gelombang Kuning , Gelombang Muhibbah”