Oleh: Suara N9
Warna kuning ialah warna yang terang dan riang yang
sering dikaitkan dengan kebahagiaan dan keamanan.

Kuning ialah warna cahaya yang merangsang kedua-dua
warna merah dan hijau sel-sel kon retina.

Kuning melambangkan kerabat diraja dalam banyak
kebudayaan, termasuknya kebanyakan Asia Tenggara.

Di negara China kuno, kuning merupakan salah satu
daripada lima warna utama serta lambang untuk “Pusat”
dan “Bumi”. Maharaja legenda China yang pertama
digelarkan “Maharaja Kuning” atau Huang Di.

Penduduk-penduduk serta orang-orang yang berketurunan
Asia kekadang dirujuk oleh orang Barat sebagai
bangsa-bangsa berkulit kuning sebagai metafora warna
ras.

Pulut kuning ialah sejenis makanan orang Melayu di
Malaysia. Warna kuning datangnya daripada air perahan
kunyit hidup. Nasi kuning ialah nasi kunyit Indonesia
yang mempergunakan kunyit untuk pewarna.

Warna kuning dipergunakan untuk jalur pergelangan
tangan Livestrong yang dicipta oleh oleh Lance
Armstrong, seorang pelumba basikal dan penakat
penyakit barah, untuk membantu mangsa-mangsa dan
penakat-penakat barah.

Beberapa nama tempat merujuk kepada warna kuning:
Air Kuning Selatan, sebuah bandar di Negeri Sembilan
yang terletaknya dekat Gemas.
Kampung Air Kuning, sebuah desa di Negeri Sembilan
Air Kuning, sebuah bandar di Perak
Terumbu Kuning , sebuah tapak penyelaman antara Pulau
Perhentian dengan Pulau Redang.
Empangan Air Kuning ialah sebuah empangan konkrit yang
terletaknya di cawang Sg. Air Kuning di Shah Alam,
Selangor.

“Gelombang Kuning , Gelombang Kebahagiaan dan Keamanan
– Jumpa di Dataran Merdeka 10 November nanti”