Mood perhimpunan 10 November ini semakin membara….. melalui pemerhatian dari jauh bahang terasa ….ratusan mailling list (egroup) sudah mula menghantar masej- masej perhimpunan. Beberapa komuniti maya seperti myspace, friendster, facebook juga tidak ketinggalan dalam menyebarkan masej perhimpunan. itu belum lagi peranan bloggers yang merancakkan mobilisasi dan hebahan.Email dari teman – teman di Malaysia juga menggambarkan usaha mobilisasi yang mulanya sejuk dan tidak teratur mula tersusun.

Sebelum meninggalkan Negeri Sembilan 24 Oktober lepas sempat untuk duduk berdiskusi bersama beberapa pemimpin NGO dan politik setempat membincangkan mengenai perhimpunan 10 November. 23 Oktober DPPNS, GERAK NS, PAR NS dan keADILan NS telah mengadakan sidang media menyatakan keseriusan mereka untuk memobilisasi ahli, aktivis dan massa setempat.

Dalam pada masa itu rakyat tertanya – tanya apakah perbezaan perhimpunan kali ini ? …mengenai pemimpin adakah semua pemimpin bersedia untuk turun bersama rakyat…. tulisan Abdullah Karim cukup menggambarkan pertanyaan massa rakyat…

Jawapanya YA perhimpunan ini amat berlainan…ia akan menjadi perhimpunan paling ramai, paling aman dan paling tersusun serta meriah yang pernah diadakan untuk menyelamatkan negara ini selepas perhimpunan menentang Malayan Union.

Dahulu ketika Sir Harold MacMichael menipu dan mengugut Raja – Raja Melayu untuk menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Malayan Union rakyat telah bangkit menentang dan membela negara serta raja – raja Melayu. MacMichael secara sulit telah bertemu semua Raja Melayu dan mengugut kononya mempunyai bukti Raja Melayu menyokong Jepun dan jika tidak menandatangani sokongan pembentukan Malaysan Union boleh ditangkap serta didakwa. rakyat yang sedar mengenai hakikat tersebut telah bangkit dengan menginsafi betapa bangsa, tanahair termasuk raja raja Melayu akan hilang hak dan maruah jika terbentuknya Malayan Union. Akhirnya kerana keberanian dan gelombang rakyat ketika itu Bangsa dan negara berjaya dan terselamat. Tidak keterlaluan apa yang dinikmati oleh Raja -Raja Melayu kini merupakan hasil perjuangan rakyat.

Kini kali sejarah berulang kembali….. Gelombang kuning akan menghimpunkan ratusan ribu rakyat di Kuala Lumpur 10 November jam 3 petang di Dataran Merdeka akan berarak dengan tema Selamatkan Malaysia….hasil risikan BERSIH ke Istana telah bersetuju membuka pintu menerima masuk mengadap rakyat… masanya mungkin tiba Raja – Raja Melayu membalas jasa kebangkitan rakyat menentang Malayan Union….. Negara diambang kehancuran bila demokrasi sudah hilang rohnya.

Kegusaran rakyat untuk bersama akan semakin hilang kerana pada 26 Oktober dalam blog Anwar Ibrahim beliau sendiri telah mencoretkan kesediaan bersama massa rakyat pada 10 November. Hampir semua pemimpin PAS akan hadir..cuma kita masih menunggu penyataan peribadi TG Nik Aziz…begitu juga DAP dan parti politik lain..begitu juga pertubuhan bukan kerajaan yang bersedia hadir dan menggerakkan ahli pemerak untuk hadir kini berjumlah 32 pertubuhan dan yang terbaru ialah penyataan sokongan dari GERAK…

Saya kini sedang serius mengumpul wang (dalam tangan sudah punya USD180 perlu cari USD530 lagi)…. jika tidak ada aral melintang insyaAllah saya juga akan pulang dari bumi kimchi ini untuk bersama teman menuntut kembalikan hak rakyat “Selamatkan Malaysia!”

http://chegubard.blogspot.com/2007/10/anwar-akan-bersama-perhimpunan-10-nov.html