Himpunan Bersih 100 ribu Rakyat telah berjaya menghimpunkan ratusan ribu rakyat dari seluruh pelusuk negara. Himpunan bersejarah ini akan tetap menjadi kenangan para peserta dan akan tercatat dalam lipatan sejarah negara Malaysia sebagai satu menifestasi rakyat Malaysia dalam menuntut dilaksanakan Pilihanraya yang bersih, telus dan adil.
Kami sempat merakamkan sebahagian daripada detik-detik bersejarah tersebut untuk tatapan anda dan generasi akan datang, sebahagian lagi gambar adalah dirakam oleh peserta-peserta himpunan. Kami sedang berusaha mengumpulkan seberapa banyak yang mungkin, gambar-gambar dari peristiwa tersebut. kepada yang ingin berkongsi imej-imej yang telah dirakam harap emailkan kepada pemudapasseremban@gmail.com .
Lihatlah dan tafsirkanlah…
Lagi gambar-gambar yang dirakam semasa Perhimpunan Rakyat Bersih 100K. Gambar-gambar ini di sumbangkan oleh Jason Thai daripada koleksi peribadi beliau. Terima kasih diucapkan.

























































































































































































