Berikut merupakan rakaman video catatan saya semasa hari perbicaraan Naib Presiden PAS Hj Mohamad Sabu, Tian Chua, Gobalakrishnan, peserta dan Unit Amal yang ditahan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bermula dari 9.00 pagi hingga 9.30 malam. (lagi…)
Berita Semasa
Disember 12, 2007
VIDEO-VIDEO SEKITAR HARI PERBICARAAN HJ MOHAMAD SABU, PESERTA DAN UNIT AMAL YANG DITAHAN SEMASA HIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT
Posted by pempas under Berita Semasa1 Comment
Disember 12, 2007
Koleksi Gambar: Bersih – Save Malaysia, Restore Our Rights @ Parlimen
Posted by pempas under Berita SemasaLeave a Comment
Bersih akhirnya berjaya mengadakan sidang media di pekarangan lobi parlimen pada jam 11.40 pagi tadi (11 Disember 2007) dan serentak dengan itu menyerahkan memo Bersih kepada ahli-ahli parlimen pembangkang untuk disampaikan kepada ahli parlimen yang lain.
Disember 12, 2007
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Hrkh) – Pembebasan kesemua 24 tahanan bermula petang sehingga malam ini merupakan satu kejayaan pusingan pertama Bersih sekaligus menutup tirai pesta penangkapan di parlimen hari ini. (lagi…)
Disember 6, 2007
Bersih adakan himpunan rakyat depan Parlimen 11 Disember ini
Posted by pempas under Berita SemasaLeave a Comment
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Hrkh) – Usaha kerajaan BN bagi menyambung khidmat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman melalui pindaan had umur lanjutan persaraan baru-baru ini dibantah keras banyak pihak. (lagi…)
November 21, 2007
November 17, 2007
Bahagian 1
Bahagian 2
November 17, 2007
Jangan lagakan rakyat dengan raja – Presiden PAS
Posted by pempas under Berita SemasaLeave a Comment
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Hrkh) - PAS menyeru agar jangan ada mana-mana pihak cuba melaga-lagakan di antara rakyat jelata dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Mizan Zainal Abidin, Raja-raja Melayu atau pihak istana.
Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan yang disampaikan kepada Harakahdaily menegaskan, parti itu tidak pernah sekali-kali mengeluarkan kenyataan bahawa pihak istana khasnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terlibat dalam apa bentuk sekalipun, dalam menjayakan perhimpunan aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 10 November lalu. (lagi…)
November 17, 2007
PAS TIDAK PERNAH DAKWA SPB YDPERTUAN AGONG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PERHIMPUNAN AMAN BERSIH
Posted by pempas under Berita SemasaLeave a Comment
Kenyataan Media Pejabat Presiden
PAS tidak pernah sekali-kali mengeluarkan kenyataan bahawa pihak istana khasnya Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong terlibat dalam apa bentuk sekalipun, dalam menjayakan Perhimpunan Aman BERSIH pada 10 November 2007 yang lalu. Perhimpunan tersebut adalah perhimpunan aman masyarakat sivil, iaitu rakyat Malaysia yang bangun menuntut hak mereka bagi memulihkan sistem pilihanraya, iaitu tonggak amalan demokrasi negara, yang terbukti semakin tercemar dan tempang. (lagi…)
November 17, 2007
Perhimpunan 10 Nov: 3 AJK Bersih beri keterangan pada polis Bukit Aman
Posted by pempas under Berita SemasaLeave a Comment
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Hrkh) – Naib Presiden KeADILan, Sivarasah Rasiah bersetuju dengan pandangan laporan yang dikemukakan oleh bekas wakil Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Thierry Romell yang menyebut bahawa undang-undang yang sedang digunapakai di Malaysia sekarang adalah sama dengan undang-undang sebuah negara yang mengalami darurat.
“Ini kerana tempoh berkempen yang begitu singkat serta laporan media yang memonopoli sistem penyampaian maklumat kepada rakyat berada dalam keadaan yang begitu ‘bias’ atau dikongkong oleh pemerintah,” ringkasnya. (lagi…)
November 17, 2007
Bersih sambut baik perbicaraan awam Batu Burok oleh Suhakam
Posted by pempas under Berita SemasaLeave a Comment
Sekretariat Bersih
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengalu-alukan keputusan Suhakam, “Biar Lambat Asalkan Jadi”, untuk menjalankan perbicaraan awam ke atas insiden Batu Burok, khususnya dalam melihat kepada justifikasi terhadap penggunaan peluru hidup ke atas orang awam yang memprotes.
BERSIH juga berasa lega apabila mengetahui bahawa Suhakam melalui Pesuruhjaya Muhammad Shafee Abdullah menyatakan bahawa kenyataan Dato’ Siva Subramaniam berkaitan dengan perhimpunan aman 10 November baru-baru ini merupakan kenyataan peribadi beliau dan bukannya kenyataan rasmi Suhakam. (lagi…)