Artikel


Oleh : Editorial BuletinOnline
Tuanku Mizan Kesal Dakwaan Baginda Sokong Perhimpunan Haram Aman’ itulah tajuk berita yang di eluarkan oleh Bernama, yang dianggap oleh Raja Petra sebagai satu ‘permainan silapmata’ di Laman Malaysia Today. Artikel ini adalah terjemahan bebas dari tulisan Raja Petra di dalam kolumnya ‘The Corridors of Power’. 

Kepada rakyat bawahan pastinya pengumuman begitu sesuatu yang ‘serius’. Pegawai tinggi Istana Negara Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan mengeluarkan kenyataan bagi pihak Agong! Siapa sebenarnya Datuk Wan Mohd Safiain? (more…)

Zulfikar Samsuri
“THIS is democracy Malaysian’s style. (Ini adalah demokrasi cara Malaysia)” Kata-kata di atas adalah kata-kata yang keluar dari mulut seorang wartawan asing yang terkena tembakan meriam air dan percikan gas pemedih mata.

Wartawan tersebut mencari berita untuk Al-Jazeera, sebuah media yang dikenali ramai akan ketelusannya menyebarkan berita-berita sensasi lagi berani. Media inilah yang bertanggung jawab menyiarkan footage-footage Usama bin Laden. (more…)

Fudzail
SEPANJANG
 kerjaya dalam dekad 90han, saya pernah bekerja di dua buah akhbar perdana sebagai wartawan pelatih dan kemudian berkhidmat dengan sebuah stesen TV swasta di tanahair dalam pengurusan IT.

Pengalaman dalam dunia media ini tidaklah sehebat beberapa blogger yang dulunya wartawan ternama, tetapi berharga buat saya, sebagai orang biasa yang boleh berfikir dan menilai untuk mengukur sejauh mana kebebasan media. (more…)

Mohd Sayuti Omar
HARI ini mungkin orang ramai sedikit terkejut membaca atau mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan yang menghebahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin kesal atas dakwaan kononnya baginda dan Istana Negara memperkenankan dan menyokong perhimpunan 100,000 rakyat 10 November lalu.

Bagi mereka yang berfikiran secara betul tentu terkejut dan merasa aneh dengan kenyataan oleh Datuk Pengelola Istana Negara itu. (more…)

By Raja Petra Kamarudin
Now you see it, now you don’t. Yes, people like David Copperfield make a very good living doing silap mata. The English call it magic. Actually it is more a sleight of hand. The hand moves faster than the eye, they always say, so while they make you focus on one hand, the other hand does the ‘magic’ trick. Malays call it silap mata, which translates literally to ‘fault of the eye’. Whatever it may be, and whatever language you are comfortable with, the main gist to the whole thing is: what you see is not what you get — or in ‘computer language’, WYSIWYG. (more…)

Oleh Ruhanie Ahmad
Gelombang kuning kini memunculkan satu perspektif baru. Pada 16 November 2007 - enam hari selepas gelombang kuning melanda Kuala Lumpur - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dipetik oleh BERNAMA sebagai melahirkan rasa kesal dengan dakwaan kononnya baginda dan Istana Negara memperkenankan dan menyokong gelombang kuning. (more…)

Wan Nordin Wan Yaacob
Malang sungguh, sekitar 4000 anggota polis dikerahkan hanya untuk menghalang, menyekat dan menahan sesiapa sahaja orang awam yang menyertai himpunan aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Lebih parah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sebelum ini menyatakan 4000 anggotanya akan dikerah bagi menyekat himpunan anjuran Bersih yang dikatakan ‘haram’. (more…)

Suara N9
Syabas dan tahniah kepada rakyat NS dari berbilang bangsa, agama, kaum, jantina, umur. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada tok-tok imam bandar dan kampung , guru-guru pondok, ahli-ahli jemaah tabligh yang tanpa disangka-sangka turut serta menyertai perhimpunan tersebut.

Ada yang datang dari Palong, ada yang datang dari Jelebu, ada yang datang dari Pilin, ada yang datang dari Bukit Rokan. Ada yang mengendong anak, ada yang memapah datuk. Hebat sungguh hebat. Tidak kurang 10,000 orang rakyat Negeri Sembilan turun ke KL pada 10 Nov. Itu tidak termasuk yang tersangkut dalam kesesakan jalanraya akibat beratus-ratus sekatan polis dari Palong sampailah ke Dataran Merdeka. Itu tidak termasuk yang naik LRT , tidak berhenti di KL, tetapi terus sampai ke tempat lain. Itu tidak termasuk berpuluh-puluh bas yang ditahan. Itu tidak termasuk keretapi gerabak kosong tergelincir di tengah-tengah Kuala Lumpur. Bayangkan keretapi boleh tergelincir di tengah-tengah Kuala Lumpur dimana keretapi tadi berjalan perlahan. Itu juga tidak termasuk dengan kenyataan yang menakut-nakutkan rakyat oleh Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Ketua Pemuda Umno Bahagian Rembau (Khairy Jamaluddin) yang melarang orang ramai menyertai perhimpunan 10 Nov. (more…)

cheGuBard
Letih…. memang sungguh letih sejak 6 petang 6 November jejak kaki ke bumi Malaysia seluruh penumpuan tenaga dan upaya dikerahkan untuk perhimpunan rakyat 10 November 2007. Semalam berceramah di Batu Kikir bersama Hj Mohamad Sabu. Kawasan terpencil kubu kuat UMNO lebih 1000 orang hadir. Jelas semangat dan janji mereka akan bersama dalam perhimpunan 10 Nov. Pagi tadi ketika membuat laporan BPR ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan, beberapa kakitangan BPR N.Sembilan sendiri pun begitu bersemangat bertanyakan makluman mengenai perhimpunan esok….. Tengahari tadi sempat berada di Masjid Negara…bersama Azizi yang menjual t-shirt BERSIH jelas mood orang ramai tinggi walaupun kutbah Jumaat di Masjid Negara khatib menyebut umat Islam jangan hadir perhimpunan haram…. (more…)

Mohd Sayuti Omar   
9:00 pagi - Dua puluh empat jam dari sekarang akan tibalah hari yang bernama hari esok yang penuh dramatik – 10 November 2007. Hari yang ditunggu-tunggu oleh banyak orang. Sore yang dikira akan menggelombangkan satu lagi kebangkitan rasa rakyat ke atas apa yang mereka rasakan tidak adil dan zalim buat mereka sebagai rakyat dalam sebuah nusa merdeka. (more…)

Next Page »