Di antara pukul 11:00 pagi dan 12:30 tgh, laman BERSIH telah digodam dan pelawat-pelawat laman BERSIH mendapati mesej di bawah tertampil di muka hadapan laman ini:
!! PENGUMUMAN !!
Perhimpunan terpaksa di tunda ke tarikh yang belum ditetapkan
BERSIH ingin menegaskan bahawa Himpunan Aman tidak ditundakan sepertimana yang disebut oleh mesej itu.
Setakat ini, situasi terkawal tetapi laman BERSIH mungkin akan tergendala hari ini. Laman ini akan kembali beroperasi semula selewat-lewatnya pukul 12 tgh esok (Isnin, 5 Nov).
BERSIH meminta maaf atas sebarang kesulitan.
Sekretariat BERSIH